Sebelum play.. sila pause dulu di autoplay music dumper supaya tidak mengganggu tontonan anda... terima kasih...
Selasa, 20 November 2012
Ahad, 18 November 2012
Khasiat Buah Katak Puru
Nama Tempatan: Katak puruNama Saintifik: Cynometra Cauliflora
Nama Lain: Nam Nam, amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili: Ceasalpinioideae/Leguminosae
Asal: dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India
Pokok kecil Katak puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal.
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknye Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah di pangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira d iantara 2 hingga 6 meter. Batang pokok nam nam tegak, bulat, berwarna kelabu-coklat dan berbonggol-bonggol. Nam nam diketahui ditanam di seluruh Malaysia, seluruh Indonesia, Asia Tenggara dan India. Di sebelah pantai timur Malaysia seperti di Kelantan, memanggil buahnya sebagai buah katak puru kerana bentuk dan keadaan permukaan kulit buahnya yang berkerutu seakan katak puru. Manakala di sebelah pantai barat Malaysia pula kebanyakan memanggilnya nam nam.
Bunganya yang berwarna merah jambu pucat atau putih keluar dari pangkal pokok bersaiz kecil dan dalam bentuk gugusan. Buahnya pula mempunyai isi yang tebal, berukuran di antara 3-9 sm panjang dan 2-6 sm ketebalan itu rasa masam serta kelat ketika muda dan akan berubah warna menjadi coklat atau kekuningan serta berasa masam manis apabila ianya masak. Manakala terdapat sebutir biji berbentuk pipih di dalamnya. Buah nam nam ini dikatakan kaya dengan vitamin C juga boleh dijadikan jus.
Daun majmuk yang berpasangan, bertangkai 2-8 mm. Anak daun berbentuk lonjong atau bujur telur serta belahan daun yang tidak seimbang. Daun yang matang berwarna hijau tua berkilat manakala daun muda pula berwarna merah jambu terang atau putih.
Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai.
Dalam beberapa bahasa daerah dikenal juga sebagai namu-namu (Manado dan Maluku), namo-namo (Ternate), namet (Halmahera), namute, lamute, lamuta, klamute (Maluku bagian tengah), arepa (Bugis), dan puti anjeng (Makasar). Di Sunda buah namnam dikenal sebagai pukih. Juga sebagai kopi anjing, namnam (Sunda, Jawa, dan Madura), puci anggi (Bima), kuwanjo (Bali), aloma (Seram), dan kfamute (Buru).
Kegunaan
Buah – Boleh dimakan segar atau mentah, dicicah dengan garam atau dijadikan bahan rojak, jeruk atau manisan (halwa). Boleh juga digunakan sebagai campuran sambal.
Daun muda :- Rebusan daun muda nam nam sebanyak 5, 7 atau 9 helai ini berkhasiat
untuk :
– meringankan gejala cirit-birit atau ‘diare’ .
– melancarkan air mani
– mengubati penyakit kencing batu.
– penawar darah tinggi dan kencing manis
– kuruskan badan.
air herba dari rebusan daun ini warnanya seperti air teh, tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.
Jangan tersilap yea... yang ni buah.. kalau binatang pula orang panggil katak puru jugak ( biasanya dialek kelantan).. nie gambar binatang katak puru...
Isnin, 15 Oktober 2012
USS John C Stennis melawat Sabah
Assalamualaikum....
Pada hujung Minggu lepas aku jalan-jalan la dengan family di taman awam, likas,,, ternampaklah kapal besar duk anchor (bersauh) dekat pulau sepanggar (berhampiran jeti TLDM sepanggar).. besar sangat kan sampai x dpt masuk jeti Navy. Nama Kapal pengangkut nie USS John C Stennis
Aku sempatla jugak snap beberapa gambar walaupun zoom jauh... tapi nampak jugaklah besarnya kapal tu kan... aku dengar ada lebih kurang 70 buah jet atas tu... kru pulak lebih kurang 5,000 orang... memang power giler ahhhh.... kapal nie pakai enjin tenaga nuklear tu....
kalau dari dekat.. ni lah dia....
p/s: pendapat akulah US nie, kalau ada isu je mesti diaorg akan dtg...( kan sekarang nie ada kes negara berebut pulau) dalam kata lain nak jaga keamanan la kut.... harap2 negara kita tidak akan terjebak dgn krisis mcm nie.... penyelesaian biarlah ikut cara keamanan,,, bukan peperangan,, ( Peace No War)
Ahad, 14 Oktober 2012
LOK LAWI WILDLIFE PARK, SABAH
ANTARA VIEW YANG MENARIK YANG ADA DISANA....
KEPADA ANDA YANG DILUAR SANA YANG BELUM DATANG... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI... MARILA MELANCONG....
Isnin, 1 Oktober 2012
Sabtu, 29 September 2012
Testing...Testing...Testing...
Saje2 nak testing "gadget" baru gua ni Canon 600D nie.... baru mau belajar ambik gambar "night mode"... banyak lagi kena belajar.... yang mana sudi komen silakanlah... boleh la kita berkongsi apa yang patut.... tq all.....
Lokasi: Masjid Likas, Kota Kinabalu...
Jambatan Tamparuli
Mungkin anda pernah dengar @ pernah Pergi kan.... inilah antara permandangan di sekitar Jambatan Tamparuli, Sabah... Ok bah kalau kau.....
Langgan:
Catatan (Atom)