haaa... yang nie.. mmg favourite aku ni... mmm.. boleh tambah 2 pinggang nie... cara buat x la susah sangat... ikut jea arahan di bawah.. mesti jadi punya... slurrrrpppppp....
Bahan-bahan ( 4 org )
* kepala ikan besar lebih kurang 600g ikan sebarang ikan
* kacang bendi 8 bji
* 2 biji cili potong dua
* 1 biji tomato
* 1 1/2 bungkus rempah kari ikan
* sedikit halba campur
* santan pekat 1/2 cawan
* daun kari
* garam dan 1/2 cwn santan cair
* 4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehigga halus)
* 2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis utk d tumis)
* air
Cara-cara
1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air
perahan asam jawa
2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn
masukan daun kari
4. masukan bancuhan rempah kari tadi ...tutup periuk dan kecilkan api
5. masak sehingga pecah minyak kemudian masukan sedikit air dan santan pekat
6. setelah mendedeh masukan pula kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,dan garam
secukup rasa.
kemudian hidang dan makan.. selamat mencuba yeaaa...
Ahad, 6 Julai 2014
Masak Sambal Udang
Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran saya iaitu sambal udang. Tapi Ada dua versi udang ini. Satu yang berkulit dan satu lagi tidak berkulit.
Jom lihat resepinya
Bahan:
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam
gula
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia)
sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato.
Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan udang.
5. Bolehlah dihidangkan.
Selamat mancuba ye.. simple je masakan nya nie... thanks...
Pulut Durian... NYummmm, NYummmm...
Bila tiba musim durian, pasti kami tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Maklumlah seisi rumah boleh dikatakan hantu durian. Dan menu wajib kami sudah semestinya pulut durian. Sebenarnya pulut durian pun ada pelbagai versi mengikut negeri atau selera masing-masing. Dan ini pula merupakan resepi pulut durian versi mamaidazs :)
Jom kita tengok resepinya
· 2 cawan beras pulut susu (di rendam lebih kurang 30 minit)
· 1 biji kelapa yang telah dimesin
· 1 cawan air panas
· Garam secukup rasa
· Buah durian di ambil isinya
· Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)
Cara membuatnya
1. Rendam beras pulut susu atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditoskan tadi dan kukus sehingga masak.
3. Untuk santan pula, masukkan kelapa yang telah dimesin tadi ke dalam blender, campurkan satu cawan air panas dan blendkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan santannya.
4. Campurkan santan yang telah diblend tadi dengan sedikit garam, kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
5. Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (kalau suka). Sedia untuk dinikmati. Mudahkan?
Nyum-nyum... Selamat Mencuba :)
Versi Pantun
mmmmm... bercakap pasal pantun nie kan,, mmg sinonim dgn org melayu kan... zaman dulu2 memang famous pantun nie,, tapi kerana dek zaman pantun semakin dilupakan... di sekolah pun, kalau ada pun jarang dah mengajar pantun2 ni kan... jangan pula nanti anak cucu kita x tau tu apa tu pantun,, jangan tertukar dengan pepatung dah ler.... ini serba sedikit pantun yng aku dapat tonjol kat sini...
Cintailah Pantun Kita.....
ok... sebenarnya banyak lagi pantun2 melayu ni... bolehla search di GooGGle.. banyak tu... Thanks sudi singgah...
KatA2 PujangGA...
hidup ini sememangnya banyaak percaturan dan liku2 yang terpaksa dihadapi.. hanya kita yang dapat mencorakkanya samada ke arah jalan yang lurus atau ke U-Turn...
Nurkilan...... SluMBerZpeJa..
Sabtu, 5 Julai 2014
Belut bukan Ular..
KHASIAT BELUT
Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
eiiiiiiiiii... geli geleman i... macam ular gayanya,,
tapi banyak khasiat ni... cubalah yea...
Gambar2 terakhir Tan Sri P.Ramlee sebelum meninggal dunia....
Walaupun Allahyarham sudah lama meninggalkan kita tetapi karyanya tetap segar di ingatan. Kali ini kami nak berkongsi gambar kenangan saat-saat terakhir alayarham P. Ramlee sebelum meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah diucapkan kepada beliau dan moga dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang yang beriman,, Insyaallah.. amin...
Tips pasal tayar
Assalamualaikum semua.
Aku nak fokus satu perkara pada kereta yang sering dipandang remeh tetapi sebenarnya ia memegang satu amanah terpenting dalam aspek keselamatan ketika memandu. Selalunya, orang akan fokus kepada enjin, bateri, radiator ... dsb. Tidak kurang juga yang mementingkan cat yang berkilat seperti 'basah' dan bau wangi dalam kereta. Tapi aku nak fokuskan kepada TAYAR. Dulu aku pernah tulis tapi tak mengapalah, aku tulis lagi.
Ramai yang tak fokus kepada TAYAR sedangkan itulah satu-satunya komponen kenderaan yang memastikan kereta kita masih berada di atas jalan raya!
Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.
Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.
1. Tayar terpaksa menampung berat kereta dan segala bebannya. Dan jumlah berat itu ditampung oleh permukaan tayar seluas empat tapak tangan sahaja.
- Kereta jenis sedan biasanya mempunyai berat melebihi 1 tan (tanpa muatan). Kalau kereta itu sendat dengan penumpang yang puratanya 60kg setiap seorang, berat kereta sedan itu akan bertambah lagi sebanyak 240kg atau lebih. Kereta yang lebih mewah dan kukuh mempunyai berat yang lebih tinggi.
- Kereta jenis kompak seperti kancil dan viva mempunyai berat kira-kira 800kg dan lebih. Kalau ditambah dengan penumpang dan segala beban yang dibawa, jumlah beratnya akan melebihi 1 tan juga.
- Biasanya, tempoh hayat 'shelf life' adalah 3 tahun dari tarik ia dikilangkan.
- Jika sedang digunakan, tempoh hayatnya adalah bergantung kepada kadar kehausan (wear) tayar. Secara teori, kadar kehausan tayar adalah berkadar langsung dengan jarak pemanduan. Secara purata, tayar akan haus dalam tempoh 35,000km - 40,000km, jadi sila lihat meter anda. Namun begitu, ianya bergantung kepada jenis / jenama tayar. Tayar yang lembut agak sedap dipandu kerana lebih senyap dan lebih mencengkam tetapi cepat haus.
- Tayar yang 'keras' akan haus lebih lambat dan kadang-kadang melebihi 40,000km. Tapi kalau sudah melebihi tempoh hayatnya (lebih kurang 3 tahun) tayar mesti ditukar juga.
- Jarak 40,000km itu secara puratanya dicapai dalam tempoh 2 tahun. Jadi, 6 bulan sebelum mencecah jarak itu, eloklah mula menabung. Harga sebiji tayar lebih kurang RM160 - RM200, itu tak termasuk upah 'alignment' dan 'balancing'.
- Getah tayar akan menjadi 'tua' apabila terdedah dengan panas dan cuaca. Getah yang telah tua akan mengeras. Selain menjadi keras, sempadan butir (grain boundary) akan menjadi nyata atau dengan kata lain, permukaan tayar akan merekah kerana rantaian polimer getah itu sudah mulai putus-putus. Jika tidak ditukar, dikhuatiri tayar akan meletup akibat tekanan.
- Berat kereta akan menekan tayar kepada permukaan jalan yang basah. Bunga tayar bertindak seperti 'pam air' yang akan memancutkan air ke dalam alur bunga tayar itu dan juga keluar dari tayar.
- Jika bunga tayar sudah nipis, proses 'mengepam air' menjadi tidak cekap dan tidak efektif. Ini akan menyebabkan kereta tidak mampu bertindak seperti yang kita inginkan. Maksudnya, kalau kita nak brek, kereta tak mahu berhenti. Kalau kita membelok, kereta akan meluncur terus dan terlajak atau terbabas.
- Pada tayar jenama tertentu, ada tanda yang diletakkan. Biasanya pada alur itu akan terdapat satu 'jambatan' atau 'bridge' getah yang biasanya kita anggap itu adalah 'menufacturing defect' atau lebihan getah ketika acuan. Sebenarnya, jika permukaan tayar sudah sama rata dengan 'bridge' itu bermakna bunga tayar sudah nipis. Ada juga tanda tiga segi atau 'diamond' atau 'arrow' di tepi tayar. Jika ada kesan lelas pada 'diamond' ini bermakna bunga tayar sudah nipis.
- Sistem suspensi bertujuan untuk menjadikan pemanduan itu selesa. Jika tidak, kita terasa seperti memandu kereta lembu. Namun, spring akan menjadikan kereta membuai-buai jika jalan tidak rata atau jalan berlopak. Penyerap hentak pula akan bertindak pada arah berlawanan daripada arah hayunan spring tadi, menjadikan kereta tidak berbuai-buai.
- Kereta yang membuai-buai adalah bahaya, lebih-lebih lagi jika mengambil selekoh dan menjadi lebih bahaya jika kereta membawa ramai orang.
- Sebenarnya cengkaman tayar berfungsi dengan berat kereta yakni daya geseran (atau cengkaman) berkadaran dengan koefisien geseran dan berat kereta. Jikalau kita mengambil selekoh dan pada ketika itu kereta melambung ke atas dek kereta berbuai, berat kereta pada ketika itu berada di udara dan cengkaman tayar akan menjadi lemah dan kereta boleh terbabas.
- Sila tukar penyerap hentak jika didapati kereta anda 'berbuai-buai'.
- Tayar yang kurang tekanan angin akan menggunakan permukaan bunga yang lebih. Ini akan menjadikan tayar itu lelas pada kadar yang bukan sepatutnya. Ini merugikan kita kerana harga tayar bukanlah murah.
- Cengkaman tayar yang berlebihan akan menjadi 'beban' kepada kuasa enjin. Kuasa enjin diperlukan pula untuk melawan (overcome) beban atau 'drag' ini, menjadikan kita terpaksa menekan lebih pendikit minyak.
- Tapi jika tekanan angin terlalu tinggi, pemanduan akan menjadi tidak ceria kerana nanti terlanggar seketul batu kelikir pun kereta terasa terhentak. Hentakkan dan gegaran ini akan menyebabkan 'letih lesu' atau fatigue. Kesan lesu ini bukan sahaja masuk melalui gegaran badan (yang menyebabkan bola mata bergerak-gerak lebih cepat untuk terus fokus), bunyi bising juga akan memasuki gegendang telinga dan menyebabkan kita lesu. Pemandu yang lesu adalah pemandu yang berbahaya.
- Ketika mengambil selekoh atau membrek, momentum kereta (yakni berat dan kelajuan kereta) akan bertindak terus kepada dinding tayar.
- Bayangkan begini, kereta ingin terus bergerak akibat momentum atau lajakkan tetapi tayar pula mencengkam erat permukaan jalan. Dinding tayar akan menerima 'stress' yang tinggi pada ketika ini. Jika tayar yang tidak sesuai digunakan, dinding tayar akan pecah akibat daya ini.
- Sila ikut saranan pihak pengeluar kereta tentang saiz tayar anda kerana saiz tayar tersebut telah pun diuji di litar ujian. Percayalah, ada tayar yang pecah ketika mengambil selekoh di litar ujian sebelum ketemu dengan saiz dan rekabentuk tayar yang sesuai.
- Sebagai panduan mudah, kalau hendak tukar saiz tayar sekalipun, sila jangan terlalu jauh daripada saiz asal yang dipasangkan oleh pihak pengeluar kereta. Atau untuk lebih selamat, kalau masih mahu menukar tayar kepada yang lebih 'fancy', sila beli yang berjenama dan ianya pasti bukan murah.
ini cara mudah kenali tayar anda..
antara jenama top dalam bidang tayar... tapi kena fulus banyak la.. xpe jji keselamatan diutamakan
Masalah Aircond Kereta dan Puncanya...
Masalah Aircond kereta dan penyebabnya...
.
Baru-baru ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku belajar daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta
Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.
Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal di dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain'. Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta dikeluarkan ke luar kereta.
Bagaimana ia dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond itu. Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a. Gas ini berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk cecair, sama seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam keadaan termampat pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.
Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta). Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar. Apabila kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke udara luar.
Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip yang sama (PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lama-lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit tenaga haba telah dikeluarkan tadi.
Seterusnya, gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin itu menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta itu dipindahkan ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk inilah yang ditiupkan ke dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.
Masalah aircond kereta
Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:
· Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.
· Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.
· Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.
· Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.
· Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.
· Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.
· Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.
· Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.
Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas atau punca yang lain daripada di atas.
Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?
Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.
· Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.
· Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.
· Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.
· Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.
· Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.
· Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.
Komponen mana yang mahal?
· Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.
· Evaporator (cooling coil) dan kondenser.
· Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)
· Saluran paip dan gas aircond.
· Komponen lain-lain.
Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat tulis dan kongsikan.
Selasa, 1 Julai 2014
Jalan2 round kota kinabalu, sabah bah
Petang tadi sempatlah bawa keluarga jalan2, walaupun hari ni puasa yang kedua, lagipun hari ni aku off kerja, apa salahnya bawa kluarga jalan2 kan.. bawa jalan dekat2 je, bandar kk 20 minit je dari rumah.. ok sudi2 yea tgk gambar yg sempat diambil untuk trip kali ni...he3.
ok,, bertolak dari rumah..
ok,, bertolak dari rumah..
Airport Kota Kinabalu KKIA
anak nk tengok kapal terbang
bawak anak jalan di tanjung aru, kesian dia main buai sorang je,, huhu
gambar2 sekitar kawasan tanjung aru, sesuai bawa keluarga beriadah..
ada bazar ramadan di sini.. tapi peniaga kat sini sikit je... x besar macam tempat lain..
ok sambung gambar pemandangan yeaa...
apa yang penting???... keta kesayangan kawe lah niee... i love alza... he3.. jgn marahhh!!!!!!
ok.. next....
kawasan sekitar bandar kota kinabalu
ok thanks sudi singgah,, next nk bwa kurga jalan2 tempat lain plak tq all,, see u again...
Langgan:
Catatan (Atom)