Ahad, 6 Julai 2014

Masak Sambal Udang

Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran saya iaitu sambal udang. Tapi  Ada dua versi udang ini. Satu yang berkulit dan satu lagi tidak berkulit.


Jom lihat resepinya 

Bahan:
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam
gula







Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia)
     sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato.
4. Masukkan udang dan biarkan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan udang.
5. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mancuba ye.. simple je masakan nya nie... thanks...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright(c)All Right Reserved Slumberzpeja.blogspot.com