Ahad, 6 Julai 2014

Pulut Durian... NYummmm, NYummmm...

Bila tiba musim durian, pasti kami tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Maklumlah seisi rumah boleh dikatakan hantu durian. Dan menu wajib kami sudah semestinya pulut durian. Sebenarnya pulut durian pun ada pelbagai versi mengikut negeri atau selera masing-masing. Dan ini pula merupakan resepi pulut durian versi mamaidazs :)




Jom kita tengok resepinya 

·         2 cawan beras pulut susu (di rendam lebih kurang 30 minit)
·         1  biji kelapa yang telah dimesin
·         1 cawan air panas
·         Garam secukup rasa
·         Buah durian di ambil isinya
·         Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)

Cara membuatnya

1. Rendam beras pulut susu atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditoskan tadi dan kukus sehingga masak.
3. Untuk santan pula, masukkan kelapa yang telah dimesin tadi ke dalam blender, campurkan satu cawan air panas dan blendkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan santannya.
4. Campurkan santan yang telah diblend tadi dengan sedikit garam, kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
5. Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (kalau suka). Sedia untuk dinikmati. Mudahkan?




Nyum-nyum... Selamat Mencuba :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright(c)All Right Reserved Slumberzpeja.blogspot.com